Salam Perkenalan

Islam itu Indah

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua,selamat berkenalan.

Sememangnya Islam itu indah. Semakin kita cuba mencari hakikat diri dengan sejujur-jujurnya, maka semakin ternampak di mata zahir dan mata hati kita betapa indahnya Islam itu. Jika hati dan jiwa kita masih tidak nampak akan keindahan Islam, bukanlah bermakna Islam itu jelek atau kotor, tapi dek kerana hati kita masih tebal diselaputi dengan karat-karat mazmumah sehingga tidak mampu melihat kebenaran. Seringkali orang yang tidak jujur mencari hakikat kehidupan ini, cuba menepis kebenaran yang cuba mengintai di sudut hatinya, lantas apa yang indah itu dilihat jelek,yang suci dilihat kotor seumpama seorang yang melihat air yang jernih di dalam bekas yang berdebu, lantas disangkakan air itu yang sebenarnya keruh dan kotor.